Master sudah!

Assalammualaikum

Well, here I am again hehe. Ok nak cite pasal graduation day last 2 months haha. 2 months beb. Alhamdulillah, finally hampir setahun belajar macam nak rak. Macam nak pecah kepale otak, macam nak berhenti balajar time mula2 masuk, macam nak muntah buat project paper dan macam2 lagi. Fuhhhh, I am finally graduated. Alhamdulillah again. X sia2 belajar akhirnya ada jugak master dalam tangan. Ko ade?(belagak plak). The ceremony was held on 28 October 2013, kat UPM lee katne lagi haha. Time tu tgh mabuk2 tu (nnt cite pasal mabuk he). Tp menggagahkan diri g jugak nak amik scroll dengan baby dalam perut. Mr. Hubby xdpt ikut sebab keje. So, aku naik pentas bawak baby pun ok dah. Hehehe. Here is mak buyong on that awesome day.

Image

Syu pun preggy. Tp die beranak dulu awal Mac depan. Hoho. Balik je dari grad, terus mabuk pening muntah datang kembali. Well baby, u behave very well masa mama naik pentas ye. Balik je buat perangai semula eh.. haha. Esoknya terus terlantar masuk air. Pastu hubby datang Cheras. Hee. So, master sudah, phd??omayyy.. xnak fike. Sekarang nak keje! Misi mencari keje bermula!!

Setelah 4 bulan

Assalammualaikum

4 bulan fuhh lame tuu haha. Apola nak jadi meera oi. Tangan ni gatai nak menulis sebenarnye. Tapi tula..malaaaaasssss. Kihkih. Anyway, let’s start it again. Aku da berhenti kerja! Yey yippi huhuhu. Sekarang housewife la. Duk kat Pasir Putih, Kelantan dengan En. Suami ku yang tersayang =).

Kita pendekkan cerita dalam masa 4 bulan ni okey. So,here the list:

1. Kerja di Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

Aku start kerja 18 Mac 2013, sehari selepas last post aku. Kerja dekat Putrajaya. Jauh nun kat Presint 5 tu ha. Awal pagi dah gerak sebab takut jem. Balik pun jem. Haiihh.. Tu la nak kerja sangat hehe. Xpe2, pengalaman kan.. macam tula ayah dengan mak dulu keje..baru tau rasa letih tu macamana umm. Ok, xmo sedih2.

HOHO ni la mula2 kerje huhu

HOHO ni la mula2 kerje huhu

Aku start kerja dengan Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Iaitu menolong Encik Zainal Abidin cari maklumat untuk projek dia. Kind of researcher la. Tp x lama pun handle project tu. Atas reason2 tertentu. Dalam sebulan camtu.. Pastu aku diletakkan di bawah Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, ganti  Penolong Setiausaha (PSU), Pn. Suhaida yg ke DPA. Alhamdulillah. Banyak pengalaman yang aku dapat walaupun kerja xla sesusah mana pun. Mcm2 projek aku handle,tp semuanya terhenti saat2  akhir atas sebab2 tertentu sekali lagi. Biarla akuje tau. Sebab ni rahsia kerajaan. Huhu.

Yang pakai baju batik merah tu la SUB ku. Ensem ihik

Yang pakai baju batik merah tu la SUB ku. Ensem ihik

Muke bosan malas dan lapar

Muke bosan malas dan lapar

Tp yg best time kerja ni aku dapat kenal ramai orang. Antara yang paling aku sayang ade 3 orang. Kak Ina, Farehan dan Ila. Tiga2 org ni memang baik sangat dan paling supporting sepanjang aku duduk KPT ni. Semua kenangan xkan aku lupakan. Aku berhenti sebab kontrak dah habis. Tiga minggu before berhenti aku ke Madinah dan Mekah. Tunaikan umrah =). Lepas ni cerita hehe. Seminggu before berhenti dah bincang dengan suami, untuk berhenti. Xpela, kerja sekejap je. Asal ada pengalaman. Lagipun mak ayah pun setuju aku berhenti dan duduk dengan suami sebab Ramadhan pun dah dekat time tu. Kesian pulak suami duduk rumah sahur dan berbuka sorang2. Biarla aku berkorban. Yang pasti Allah dah atur rezeki hamba2nya. Insyaa Allah =). So, that’s about my working experience in KPT which is now known as KPM =).

Kitorang mmg suke jalan2 and shopping

Kitorang mmg suke jalan2 and shopping

Kenangan naik LRT dgn Farehan xkan dilupakan sama sekali

Kenangan naik LRT dgn Farehan xkan dilupakan sama sekali

Kak ina and Ila =)

Kak ina and Ila =)

Dengan rehan lagi hik

Dengan rehan lagi hik

Hari last day kerja huhu. Staf yang banyak tolong =)

Hari last day kerja huhu. Staf yang banyak tolong =)

2. Umrah

Alhamdulillah, 26 Jun 2013 (Ahad) lepas, aku, suami dan keluarganya selamat menunaikan umrah. Rasa macam xpercaya je dah pergi. Sebelum ni rasa macam lambat lagi kut nak pergi. Tp rezeki kut. Allah bagi. Memang pengalaman yang xkan dilupakan. Sekarang pun terbayang2 lagi kenangan dekat sana =). First time nak naik flight yang ambil masa yang lama. 8 hours! fuhh xdpt bayangkan macamana kat dalam sana. Aku naik flight Arab Saudi, yang besar 2 tingkat. Memang besarrr huhu =).

IMG_20130616_143522

Sebelum naik flight hehe

Alhamdulillah, flight gerak jam 6.30 petang waktu Malaysia.  Dalam flight memang xbanyak perbezaan dari naik flight air asia satu jam yang selalu aku naik. Cuma kali ni lama, dan ada makanan yang diberikan. Aku xberape nak tido. Xtaula kenapa, tapi suami tido rilex je. Dia x gerak2 langsung dart seat. Aku adala ulang alik g toilet. Punggung kebas kut duduk lama2.

Ini la makanan dalam flight time pergi. Bolehla nak buat kenyang perut huhu. Ni nasi kambing, suami makan.

Ini la makanan dalam flight time pergi. Bolehla nak buat kenyang perut huhu. Ni nasi kambing, suami makan.

Flight kami tiba di lapangan terbang Madinah jam 9.30 malam waktu Madinah bersamaan jam 2.30 pagi waktu Malaysia. Perbezaan waktu 5 jam awal di Madinah dan Mekah =). Sesampainya dekat situ kami semua di bawa ke hotel. Masyaaallah, suasana dekat sana memang tenang. Kagum jugak tengok negara orang. Lain sangat dengan Malaysia. Angin dah bertiup kepanasan. Memang kat Madinah dan Mekah sekarang musim panas. Dalam 44 darjah celcius xsilap. Tp sebenarnya xrasa sangat pun =).

Pengalaman di Madinah adalah pengalaman yg x akan dilupakan. Subahanallah, bila pertama kali tengok Masjidil Nabawi..terkaku sekejap melihat keindahan rumah Allah yang sangat cantik dan menakjubkan. Masa tu rasa dekat sangat dengan Nabi Muhammad SAW. Sayu sangat hati bila ziarah dalam iaitu menziarahi Raudah (tempat mustajab doa) dan makam nabi serta sahabat2 beliau. Xtau kenapa ada satu perasaan dekat hati yg kesayuan tu membuak2 bila ada dekat sana. Hanya Allah je tahu perasaan aku time tu. Sepanjang di Madinah, selain ke Masjid Nabawi kami juga dibawa melawat/ziarah luar ke tempat2 bersejarah seperti Jabal Uhud dimana terjadinya perang Uhud yang menceritakan bertapa peritnya apa yang dilalui Nabi Muhammad SAW bersama sahabat dan tenteranya melawan pihak musuh. Cerita tentang perang Uhud ini diceritakan oleh seorang staf dari pihak Rayhar (agensi umrah kami) sendiri. Sedih sangat dengar cerita tu. Mengalir air mata. Besar sungguh pengorbananmu Nabi ku. Kami juga berpeluang menunaikan solat di Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan membeli kurma di ladang kurma. Macam2 kurma boleh rasa for free hehe. Kurma paling sedap dan mahal ialah kurma ajwaatau kurma nabi. Harga sekilo boleh cecah 145 riya. Sebelum meninggalkan Madinah, sempat kami tunaikan ziarah Wida. Sayu sangat hati nak tinggalkan Madinah al munawarah.

Masjidil Nabawi

Masjidil Nabawi

Kubah hijau di bawahnya makam nabi kita, nabi Muhammad SAW

Kubah hijau di bawahnya makam nabi kita, nabi Muhammad SAW

Jabal Uhud

Jabal Uhud

Kami bergerak ke Mekah selepas Zuhur dari Bir Ali iaitu tempat di mana kami berniat ihram. Perjalanan yang agak jauh. Masing2 keletihan. Nasibla ada pak cik yg sudi teman driver bas. Kalau x, dengan kami2 semua bergoyang dalam bas sebab driver mengantuk. Huhu. Anyway, dalam perjalan kami ada berhenti dekat R&R untuk solat Maghrib dan Isyak. Keadaan di sana agak padat dengan jemaah2 dari negara yang berbeza2. Kalau ada sesiapa nak ke sana disyorkan supaya bawak tisu lebih lebih lebihhhh dan air sendiri. Keadaan toilet sangat tidak memuaskan. Jadi kalau ada peluang nak pergi lagi dah boleh get ready! =). Kami tiba di Mekah jam 11 malam xsilap. Dah siap check in dekat hotel Swiss (yang masyaallah cantik sgt) kami terus pergi menunaikan Umrah malam tu jugak untuk melepaskan larangan ihram. Subahanallah, Masjidil Haram cantik sangat. Terkedu jugak tengok. Macam xpercaya. Betulke aku da sampai sini? Memang besar dan ramai orang. Masa tu aku ikutkan saja kaki ni. Tapi dalam hati ni je tau betapa takut dan kerdilnya aku time tu.

Level 39 tuu. Tinggi nye gayat den.

Level 39 tuu. Tinggi nye gayat den.

Bilik yang sangat cantik fuuhh

Bilik yang sangat cantik fuuhh

Pemandangan dari level 39. Boleh nampak kota Mekah =)

Pemandangan dari level 39. Boleh nampak kota Mekah =)

Pengalaman melihat Kaabah adalah pengalaman yang xkan dilupakan. Xsangka dapat melihat Kaabah yang indah malam tu. Perasaan waktu tu bercampur baur. Gembira, sedih, takut semua ada. Time tu mula la dok ingat dosa2 dulu. Astaghfirullah..Moga ibadatku diterima di sana. Sehari selepas tunaikan umrah, aku uzur pulak. Sedih gak dapat buat umrah sekali je. Tapi xpe..Allah maha mengetahui. Semuanya Dia yang aturkan. Mungkin ada hikmah. Alhamdulillah suami dapat buat umrah banyak kali. Moga ibadatnya diterima Allah SWT =).

Ke Masjidil Haram menunaikan umrah. Perasaan yang bercampur baur time ni.

Ke Masjidil Haram menunaikan umrah. Perasaan yang bercampur baur time ni.

Kaabah yang indah, semoga aku boleh ke sini lagi =')

Kaabah yang indah, semoga aku boleh ke sini lagi =’)

Selain dari ke Masjidil Haram kami juga pergi menziarahi tempat2 bersejarah macam padang Arafat tempat di mana Nabi Adam AS dan Hawa bertemu setelah beratus tahun dipisahkan di dunia. Aku sempat juga berdoa untuk kawan2 yang belum jumpa jodoh hehe. Moga doaku diperkenankan. Amin. Kami juga pergi melawat Mina di mana jemaah haji bermalam sewaktu musim haji. Besar dan luas sgt2. Dapat jugak tengok tempat melontar jamrah. Rasa nak buat haji dah time tu hehe.  Xsabo den. Selain tu, kami melawat ladang unta jugak. Unta comel sangat. Dapat gak aku pegang unta tu. Comelnye tgk mulut diorang. Dahla aku ni pencinta haiwan. Gerammmm sangat rasa nak bawak balik bela kat umah hehe. Ada jugak orang kat situ beli susu unta. Aku xbeli dan xminum. Ntahla bila dengar orang sakit perut langsung xjadi. Huhu.

Padang Arafat =)

Padang Arafat =)

Unta-unta yang comel. Cube tengok bibir dia. Mintak kiss la tu haha. Hensem pulak abang botak ku dengan spec Okleynya haha

Unta-unta yang comel. Cube tengok bibir dia. Mintak kiss la tu haha. Hensem pulak abang botak ku dengan spec Okleynya haha

Comel pulak yang baju biru ni. Tenggelam unta hee

Comel pulak yang baju biru ni. Tenggelam unta hee

Alhamdulillah pengalaman di Mekah memang sangat menakjubkan. Xkan dilupakan selama2nya. Dari tiba dekat sana, hotelnya, breakfirstnya, bilik yg cantik dan tingginya, makanannya, Masjidil Haram  dan Kaabah yang indahnya, rakyatnya, kota rayanya, teh susunya, suasana malam dan siangnya.. semuanyalah!! Xkan dilupakan sama sekali. Hari terakhir di Mekah, yang boleh solat pergi menunaikan tawaf wida. Dan selepas tu kami berangkat meninggalkan Mekah al mukaramah dan bergerak ke airport Jeddah..

Malam Nisfu Syaaban. Cantikkan bulan =)

Malam Nisfu Syaaban. Cantikkan bulan =)

Time ni orang berpusu-pusu solat dekat shoping mall ni. Yang xsempat ke dalam masjid. Semua kedai tutup.

Time ni orang berpusu-pusu solat dekat shoping mall ni. Yang xsempat ke dalam masjid. Semua kedai tutup.

Sesampainya dekat airport aku xboleh lupa betul bila dapat makan nasi putih, ayam masak merah dan sayur campur.Rasa nak menangis je time makan tu. Sedapnyaaaa lauk orang Melayuuu!!! wuuu wuuu. Makan slow2 supaya xcepat habis huk huk sedap sangat ya Allah. Sepanjang dekat Madinah dan Mekah makan makanan org Arab je. Tekak rindu betul sambal belacan haha. Alhamdulillah flight kami gerak jam 1.30 pagi waktu Mekah. Dalam flight memang mata terus terlelap. Mengantok yang amat. Sedar pun bila bagi makan. Tu pun mata tutup bila makan hahaha. Sempat jugak tengok matahari terbit. Masyaallah cantik sangat =). Kami tiba di airport KLIA dalam pukul 4.30 petang waktu Malaysia camtu. Mak ayah dan Daniel dah tunggu. Xmenangis pun bila jumpa sebab penat, hati happy, dan memang xsaba nak sampai Malaysia. Hehe. Nampak mak macam sedih terharu. Xpe mak, adek dah banyak menangis dekat sana, adek xnak nangis lagi bila jumpa mak =). Bila ma dan aboh dah balik Terengganu, maka kami semua pun gerak balik ke rumah ku syurgaku di Cheras. Berakhirlah perjalanan yang istimewa aku menunaikan umrah di Madinah dan Mekah. Semoga dapat ku kesana lagi aminn ya rabbalaalamin..=).

p/s: Semua gambar ni dari hp S2, kualiti xmemuaskan. Gambar dlm kamera xsempat nak transfer lagi hoho. Ok la kan dapat tengok sikit =).

Semoga kita jumpa lagi Madinah al munawarah dan Mekah al mukaramah =)

Semoga kita jumpa lagi Madinah al munawarah dan Mekah al mukaramah =)

3. Langkawi

Cantik sangaatt

Cantik sangaatt kann

Oh ye. Seminggu selepas kerja iaitu 26 Mac 2013, aku ke Langkawi bersama keluarga, suami dan nenek tersayang hehe. Bercuti tengok Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA). Seronok sangat. Tambah2 suami dan nenek pun seronok g sana. Nenekla paling banyak buat lawak. Mana xnye. Time naik flight dia duk diam je. Rupenya telinga dia berdengung. Adake nenek cakap ” Nenek rasa macam ada rimau dalam telinga nenek. Nenek biar je la.” Hadoii nenek nenek.. nasib baik comel.

Kitorang nak g travel hoh

Kitorang nak g travel hoh

Fresh turun dari flight. Nenek dan telinga rimaunya

Fresh turun dari flight. Nenek dan telinga rimaunya

Keseronokkan bertambah lagi bila dapat tengok live show aircraft. Yela dapat tengok kapal terbang terbang rendah dengan bunyi kuat fuhh berdebor dada. Hehe. Bukan sebarangan kapal terbang ok. Semua hebat2 belaka. Ada jugak pameran kapal selam dan kapal laut. Aku xtengok. Ayah dan suami je tengok huhu.

Kegembiraan jelas terpampang hahaha.

Kegembiraan jelas terpampang hahaha.

Omey x omey x hehehe. Mak dan nenek

Omey x omey x hehehe. Mak dan nenek

Rosak dua2 payung kepala ni ganas dua2 orang ni haha

Rosak dua2 payung kepala ni ganas dua2 orang ni haha

Ni Malaysia punya kalau xsilap besttttt sangat!

Ni Malaysia punya kalau xsilap besttttt sangat!

Wuuhuuuuuuu bising sangat time ni.

Wuuhuuuuuuu bising sangat time ni.

Airbus Malaysia yang paling besar tuuu. Memang besar sangat2.

Airbus Malaysia yang paling besar tuuu. Memang besar sangat2.

Selain dari tengok kapal terbang dan kapal laut, kami sempat jugak pergi Island Hoping. Tengok Pulau Dayang Bunting hehe. Daniel dapatla mandi kat tasik tu. Best la dia. Air jernih sangat2. Aku dengan suami naik bot yang kene kayuh tu. Punyala nak jimat. Orang lain pakai solar, kitorang pakai kaki je kayuh hahaha.Last2 penat berpeluh2.

Keseronokkan jelas di wajah ayah dan suami

Keseronokkan jelas di wajah ayah dan suami time naik bot nak tgk pulau

Pulau Dayang Bunting. Kanan sekali kepala lepastu dada, perut buntingnya dan kaki.

Pulau Dayang Bunting. Kanan sekali kepala lepastu dada, perut buntingnya dan kaki.

All of us without cik suami. Die tangkap gambar haha

All of us without cik suami. Die tangkap gambar haha

Kegembiraan yang jelas terpampang di wajah adekku Daniel bila dapat mandi haha

Kegembiraan yang jelas terpampang di wajah adekku Daniel bila dapat mandi haha

Bot kayuh yang penat gila huh

Bot kayuh yang penat gila huh

Island hoping tu kami sempat jugak tengok Helang. Banyak oo. Besar pulak tu. Lepas tu kami semua pergi destinasi terakhir ke pantai apa ntah namanye. Daniel je mandi. Dia kan hantu air, pantang nampak air. Yang lain duk lepak2 bagi monyet makan. Ingatkan ada scuba diving ke. Rupenya tu xde dalam Island Hoping. Hoho. Next timela.

Banyakkan helang. Actually, abang yang bawak bot ni dah umpan helang ni dengan perut ayam. That's why helang datang.

Banyakkan helang. Actually, abang yang bawak bot ni dah umpan helang ni dengan perut ayam. That’s why helang datang.

Hantu air hahaha

Hantu air hahaha

Monyet yang xmalu.. tutup mate

Monyet yang xmalu.. tutup mate

Kat Langkawi kami sempat jugak pergi makam Mahsuri, naik cabel car yang seram tu haha dan yang paling best pergi shoping la hahaha.  Makam Mahsuri pergi kejap je. Sebab aku dah pergi banyak kali kan. hahaha.  Yang best bila naik cable car. Fuhh. Aku seram betul bila nak naik. Yang lagi dua orang (Daniel dan Suami) happy teramat. Kepit kaki aku dibuatnya sebab gayat tinggi sangat. Time turun aku la paling happy. Xgayat pun. Tapi yang dua orang tadi yang excited tu pulak yang gayat. Pelik2 hahaha. Dapatla tangkap gambar banyak2 =).

Permandangan dalam kabel car. Tinggi kannnnnnn. Gayuut saya. Eh, gayat saya hehe.

Permandangan dalam kabel car. Tinggi kannnnnnn. Gayuut saya. Eh, gayat saya hehe.

Ok da sampai pit stop pertama. Takut oo time ni.

Ok da sampai pit stop pertama. Takut oo time ni.

Agak mencabar untuk berposing di tepi tu. Sebab Daniel dan suami asyik mengusik aku yang gayat ni huh. Posing paling comel suami buat.

Agak mencabar untuk berposing di tepi tu. Sebab Daniel dan suami asyik mengusik aku yang gayat ni huh. Posing paling comel suami buat.

Comel gila Daniel lompat hahaha. Paling sopan =p

Comel gila Daniel lompat hahaha. Paling sopan =p

Haa tengokla kakak dan abang Daniel. Lompat dengan sepenuh hati yaaww.

Haa tengokla kakak dan abang Daniel. Lompat dengan sepenuh hati yaaww.

Shoping ape lagi,mestilasegala pinggan mangkuk dan coklat yang sedap huahua. Banyak jugak borong, untuk kawan2, staf dekat office, mom in law hehe. Ohye! lagi satu yang xboleh lupa bila sampai Langkawi  ni ialah makanan dia. Memang kene dengan tekak  Melayu sejati ku. Dia punya lauk pauk memang sedap. Kari dia, kaw kaw punya. Cik suamipun terpaksa membatalkan niat untuk diet, nenek yang xsuka makan pun jadi suka makan hahaha.

Anyway, aku sebenarnya dah pergi Langkawi 3 kali. So, pengalaman tu da banyakla jugak. Excited xdela sangat cuma kali ni boleh kawal dah ke excitedtan tu haha. It was a sweet memory of me and my family, cuma xdan nak makan laksa yang sedap tu. Next LIMA pergi lagi kita cari laksa tu yey!

 Ok rasanya itu je kut sepanjang 4 bulan ni. Big events yang xkan dilupakan dalam hidup aku di awal 6 bulan pertama 2013 sebagai isteri hehe. Semoga hari2 seterusnya akan lebih seronok dan bermakna. Hoping for good news! Insyaallah =). Semoga jari2 ni semakin rajin jugak hiho!

“Syurga Isteri di Bawah Telapak Kaki Suami”

Assalammualaikum

Image

Puan Ainun dan Puan Ameera ihikk

Nak dijadikan cerita. Esok aku start keje, dahla xpenah2 keje. Haduhai..mesti macam jakun esok huahua. Jadi sekarang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yg berada nunnnn kat pasri puteh kelantan tu haa.. HUUKK.. rindu? sape xrindu suami oiiiii.rindu tahap kerbau dalame xberkubang dalam lumpur oiiiii. Sebula lebih jugak dapat duduk dgn suami. Jaga makan pakai dia..semuala..(well..nak jadi mcm mak kan). So, bila dah berjauhan mulala si suami terasa kehilangan penemannya..sape nak buat breakfirst abg..sape nak kejut abg bgn pagi..sape nak urut abg..sape nak buat teh tarik abg..sape nak iron baju.abg..xberasapla dapur tu..huk huk huk..alahai..comei je dgr suami ckp camtu.. (haa, baru tau xde bini mcmane!) haha. Itulah penangan isteri kepada suami. Mmg kami sayang kamu wahai suami..kami akan sentiasa taat kepada mu suami..kerana kami nak masuk syurga..kami nk jmp kamu di syurga nnt..hargaila kami =’). Aku xtau kerja aku mcmana..tp rasa syg pada suami kuat sgt. Rasa mcm, nak duduk dgn dia je.Xkesah la boring. Yang penting dpt berkepit dgn suami. HUAHUAHUA. I love ur ketiaakkk (opss!). Tp, xapela..mungkin ini permulaan bagi segalanya.. rezeki kahwin ni (kate suami sebelum sedih), biarlah aku timba pengalaman kerja, belajar erti penat dan susah mencari wang. Insyaa Allah..dengan keredhaanNya, pasti rezeki aku dan suami aku tiba amin. Sabar ye suami ku..

Ya Allah, sekiranya ini lah rezeki mu kepada ku, alhamdulillah ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana Kau telah makbulkan doaku..suamiku..ke dua ibu bapaku..dan sahabat2 ku..alhamdulillah ya Allah.. Ya Allah, jadikanla jarak yg jauh antara aku dan suamiku jarak yg mendekatkan kami ya Allah..jadikan lah ia jarak yg mengeratkan hubungan kami Ya Allah.. Berikan lah rasa rindu dan kuatkanla cinta suamiku kepada ku ya Allah..berikanlah kami kekuatan utk menempuh cabaran ini ya Allah..dan kurniakanlah kami rezeki yg berpanjangan ya Allah..terima kasih ya Allah..terima kasih ya Allah..atas rezeki yg Engkau berikan..

Buat suamiku, kuatkan hati mu..kuatkan iman mu..aku sentiasa ada di hati mu..mengingati mu..merindui mu..dan menyayangi mu.. insyaa Allah..kita akan sentiasa dekat..semakin dekat dgn rasa rindu yg mendalam..rasa cinta yg kuat antara kau dan aku, maafkan aku suami atas segala silap dan salah ku..sesungguhnya aku ingin ke jannah bersamamu nanti..

Image

Sayangku..aku mencintaimuuuu..kata suamiku kepada ku..kihkihkih

Hidup Baru

Assalammualaikum

Xpola xde sape pun nak jwb salam sebab xde sape pun yang nak baca melainkan aku sorang. ¬†Lepas ni bila bukan blog jawab salam sendiri pun dapat pahala hehe. Dulu mmg dari kecik suka tulis diari. Since umur 6 tahun. Suka luah perasaan dekat I-Don’t – Know – Who yg nak baca luahan hati sendiri. Tp mmg habit kut. Sampai dah besar ada diari. Tp dah lama2 malas nk menulis sbb busy, tp still akan tulis jugak, dkt kertas ke..buku2 baru ke..haha..memang dah terbiasa. Emotional sorang2. Well, itu adalah aku. So, sekarang rase nak menulis lagi, tp style barula..bile tgk org duk buat blog bagai. Rase mcm best plak kan..bukan nk popularlaa. Tp nak cube cara baru yg xmembazir kertas. Tp sebenanya dlm kertas lagi awesome, lagi mcm nostalgia sikit huahua. Lantoklaaaa.. Ok, Untuk ‘Aku’ yang akan baca balik post ni, (ckp kat diri sendiri haha)..meh kite hayati permulaan kisah hidup mu.. Bismillah..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..syukur alhamdulillah..hidup baru..kisah baru..teman baru..rasa baru..suasana baru..semua baruuuuu.hehe. 25 Januari 2013, Jumaat. Aku selamat diijab kabulkan dgn suami tercinta Mohd Khairil Azuan bin Aziz dengan sekali lafaz. Bermulalah tanggungjawab sebagai isteri buat suami tersayang. Dan bermulalah juga tanggungjawab suami kepada isteri. Rase mcm xcaye je..aku dah kawen? Puan?adoi rase tua la plak..bini org? eh bukan anak dara lagi ke? eh..eh..yeke..yeke..eh eh..(berapa byk eh daa..) tp itulah hakikat.. rase mcm dah jadi WANITA. Bukan lagi remaja perempuan huhuhu.. Seronok? ish ish ish..sape la yg xseronok kahwin kan.. mestila seronok yaabeedaabeddduuu yippppiii (sambil tepuk tgn kat ats lompat2 tarik rambut sbb happy sgt). Behave Ameera behave..ngihngih. Seronok sgt..bila kita dah kenal dia dekat 5tahun..akhirnya kita dinikahkan bersama dia..rasa mcm sgt dihargai..terus rasa Ya Allah..aku nk hidup dengan dia selamanya Ya Allah..berikanlah kami petunjuk, kebahagian dan rezekiMu Ya Allah.. Lindungilah suamiku Ya Allah..Eratkan hubungan kami Ya Allah..dan berkatilah masjid yang kami bina ni Ya Allah..sesungguhnya perkahwinan adalah jalan dari mengelakkan dosa..nauzubillah..(haihh..byk rase dosa dulu..Ya Allah ampunkan dosa ku dan suami ku Ya Allah..) Rase bertuah sgt dah kahwin sbb dapat sama2 minta ampun pada Allah..dapat jalani hidup dgn cara yg halal dan yg diredhai Allah swt. Terima Kasih Ya Allah.. Kau permudahkan perjalanan hidupku.. =’)..

Rasenye ni je kut buat masa ni, en suami dah msg..nak layan dia lah.. oh ye..semoga jarak yg Allah bgi ni bukan menjauhkan aku dan suami..tp lagi mendekatkan kami.. Amin.. semoga hidup baru ni merupakan perjalanan paling bahagia buat aku dan suami..insyaa Allah..bersama anak-anak..aminn..Buat suamiku..moga dirimu dapat membimbing dan memimpin ku ke jalan Allah..mari sama-sama kita jalani hidup yg Allah berikan ni dgn sebaiknya.. Bismillaahhirrahmaanirrahiim.. 
Image

Kharil Azuan bin Aziz + Nurul Ameera binti Mohammad Rasid

Ya Allah permudahkan hidup baru kami aminn..